Search This Blog

Tuesday, November 23, 2010

Selesaikan Masalah Cinta Anda Dengan Teknik Lucu Ini


2 minggu yang lepas ni kehidupan saya agak terumbang-ambing. Mana taknya, hampir setiap hari saya (and the geng) balik pukul 4,5 pagi. Ni semua kerana kerana saya and the geng menyertai sebuah pertandingan band tahunan ( 2 ribu penonton tu!) yang dianjurkan oleh International Cultural Club UTP yang diberi nama Euphonious. 
Latihan memang keras, dan ada kalanya saya menjadi stress. Sampai satu tahap, saya hampir give up dan mengatakan kepada diri sendiri, “Napelah masuk final, stress pulak jadinya”. Ya, kitorang masuk final dan kene la pulak menang ( demi penyokong2 tegar). Sungguh besar tanggungjawab itu. Hasilnya, kitorang dapat tempat ke-3, quite an achievement for us :)

Tercetusnya Sebuah Inspirasi

Dalam keadaan yang stress sebelum pertandingan, saya teringat saya pernah membaca buku Change Your Mind and Keep The Change hasil tulisan Steve Andreas dan Conniraie Andreas ( ini adalah buku NLP yang tidak pernah dijual di kedai buku tempatan). Di dalam buku tersebut ada satu bahagian di mana penulis menceritakan tentang satu teknik yang dicipta oleh salah seorang pengasas NLP iaitu Dr. Richard Bandler. 
Saya ketawa mendengar nama teknik tersebut. Nama teknik tersebut adalah “Fall Down Laughing” atau dalam bahasa kita jatuh ketawa terbahak-bahak. Lucu kan? 
Ok straight to the point. Saya akan ajarkan anda teknik ini dalam format yang teratur mengikut susunan langkah demi langkah.  Tapi pertama sekali saya nak bagi peringatan, jika anda merasakan teknik ini memperlekehkan masalah anda, jangan risau, saya akan beri penjelasan yang munasabah di akhir posting ini. Tidak kira anda mempunyai masalah cinta atau apa-apa pun, teknik ini pasti boleh menginspirasikan anda.

Ok, here are the steps :)

1. Fikirkan atau bayangkan dengan jelas jika anda tidak pernah mengalaminya – saat anda sedang bercakap dengan seseorang yang mempunyai kematangan dan kebijaksanaan (saya membayangkan professor saya yang beruban dan serius). Di sewaktu ketika anda sedang bercakap (berkongsi masalah) dengan beliau, terus wajahnya berubah dan ketawa terbahak-bahak sampai air matanya pun turut mengalir kerana tak tahan dengan apa yang didengarinya daripada anda. Semakin beliau hendak menghentikan ketawanya, semakin kuat lagi sambungan ketawanya.
2. Sekarang, fikirkan masalah atau situasi yang anda hadapi sekarang…
3. Sekarang, bayangkan dengan jelas and bercerita masalah ini kepada rakan anda (yang di atas tadi). Sebaik saja anda memberitahu dia tentang masalah anda, die terus “fall down laughing”/ketawa terbahak-bahak dan tak boleh berhenti tidak kira apa yang anda lakukan…
4. Fikirkan masalah anda tadi, adakah anda meraskan sesuatu yang lain tentang masalah ini?
Sekurang-kurangnya setengah daripada sejumlah orang yang melakukan teknik ini tidakMAMPU untuk menganggap masalah yang mereka hadapi sebagai isu yang serius lagi. Masalah mereka tiba-tiba menjadi seperti perkara ringan. Lebih-lebih lagi yang ketawa terbahak-bahak tadi tu adalah seseorang yang mempunyai kematangan dan kebijaksanaan yang tinggi ( mcm Tun Mahathir? ops).
Itulah dia, ketawa dan humor adalah perkara yang paling jarang digunakan untuk memberi kita kekuatan untuk mengatasi sesebuah masalah atau sebarang limitasi diri kita. Ketawa dan humor dapat memberi kita peluang kedua untuk melihat masalah kita di sudut berbeza yang kebiasaannya lebih baik dari saat kita melihat masalah kita pada mulanya.
Setengah lagi daripada orang yang melakukan teknik berasa MARAH. Apa taknya, masalah serius boleh dibuat bahan ketawa. Jangan gusar dan buat kesimpulan terlalu awal. Marah adalah satu perasaan yang positif jika dibandingkan dengan perasaan TERPERANGKAP atau STUCK dengan masalah anda.
Marah boleh mencetus diri anda untuk melakukan tindakan yang sepatutnya. Marah boleh jadi langkah pertama untuk anda keluar daripada masalah ini. 
Lihat, kesan teknik ini amat kuat sekali di dalam membantu anda melihat masalah anda dari sudut berbeza yang lebih positif. Ingat, perasaan yang saya puji ini adalah perasaan marah (kekuatan memikirkan pilihan), bukan perasaan marah yang boleh mencetuskan keganasaan seperti penderaan atau vandalisme (tanda akibat tiada sumber pilihan).
Well, hari Ahad memang hari yang tenang, dudukdi tepi tasik yang indah sambil menghirup kopi panas yang sedap. Apabila anda menghadapi masalah, ingatlah bahawa setiap masalah ada penyelesaiannya, cuma agak lambat saja untuk anda mendapat inspirasi untuk menyelesaikan masalah tersebut. 
Kepada yang suka sedih memanjang, pada posting yang lepas saya ada kongsikanvideo putus cinta yang boleh memberi anda inspirasi. Enjoy!

No comments:

Post a Comment